Monday, November 28, 2011
8 Rahsia Surah Al - Kahfi
1. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya maut tetapi masih mampu ketawa.
2. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut taQdir Allah SWT yang telah ditentukan tetapi ia masih mencintainya.
3. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa segala yang berlaku adalah mengikt taqdir tetapi ia masih berdukacita dengan apa yang hilang daripadanya.
4. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa ada perhitungan terhadap dirnya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaannya.
5. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanyaapi neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukan maksiat.
6. Aku hairan terhadap sikap manusia mengenal zat allah SWT tetapi ia mengingatkan sesuatu selain daripada zat Allah SWT.
7. Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya Syurga tetapi ia msih mencari kemewahan di dunia.
8. Aku hairan terhadap sikap manusia yang menganggapkan syaitan sebagai musuhnya tetapi ia masih mentaatinnya.
Kitab Fadhail Amal.Bab Fadhilat Solat. m/s : 70.
Tuesday, February 15, 2011
Maulud Nabi
pada hari yang mulia ni marilah kita sama sama
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.
psst..selawat hari hari jom!
Tuesday, November 02, 2010
solat selepas haid
Assalamualaikum wbt
petikan diambil dr FB
kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
okayy kawan kawan, saya dapat ini dr FB and do share it with others okayy.bukan utk wanita muslim je.lelaki muslim kne amik thu jugak psal hal ini. :)
Sunday, October 31, 2010
.hey.
" Harungilah sesuatu yang kita tidak suka dengan KEREDHAAN, atasi kegelisahan dengan SENYUMAN, ketahuilah, ALLAH bukan sengaja menampakkan ujian dan kegelisahan pada hatimu, TETAPI ALLAH menampakkan semua itu hanya pada hamba hambaNYA yang terpilih sahaja untuk menunjukkan betapa ALLAH SAYANG PADA MU "
Monday, April 19, 2010
PUTERI IDAMAN AYAH
yg hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah
yg jiwanya penuh dgn penghayatan terhadap islam
yg sentisa dahagakan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut berkata benar
yg tidak pernah gentar melawan hawa nafsu
yg sentiasa bersama golongan yg berjuang dijalan Allah
Puteri idamanku adalah wanita menjaga tutur katanya
yg tidak pernah bermegah dgn ilmu yg dimilikinya
yg tidak pernah bermegahdgn harta dunia
yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai ramai musuh..
Puteri idamanku adalah wanita yg menghormati ibunya
yg sentiasa berbakti pada org tua dan keluarganya
yg bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
yg akan mendidik anak-anaknya ilmu duniawi dan ukhrawi
yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana didunia adalah mahligai persinggahan sementara menuju akhirat...
Puteri idamanku sentiasa menjadi srikandi islam
yg hidupnya dibawah naungan Al-quran dan contohi akhlak rabiatul adawiyah
yg boleh diajak berbincang dan berbicara
yb menjga matanya daripada berbelanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah
Puteri idamanku tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan keranan penat mambaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidunya lena dulit oleh sinar keimanan
bangun subuh penuh kesyukuran usianya bertambah penuh kematangan....
Puteri idamanku sentiasa mengigati mati
yg baginya dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan perlu dijaga dan dibaja
agara kelak berputik tunas yg bakal menjadi baka yang baik..
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian....
Puteri idamanku adalah wanita
yg tidak terpesona dg buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga nan abadi
disitulah mahligai kasih idamannya
dan dia akan membawaku bersamanya....
dialah PUTERI IDAMANKU
moga aku akan dipertemukan dengannya.................Insya Allah!!!
Sunday, July 26, 2009
semase gi cs.. 25/7/09
C.J.W
Saturday, July 25, 2009
Kotaraya Part 2
Mesti korang pelik naper ader part 1 & part 2 ni...
sbbnye..ader dua tempat lah kiteorg gi arinie....
time ni di kota raya....
kasihan pd Zizan yg kelaparan mcm org x mkn setahun...
so kiteorg mengisi perot kat KEBAYAN...
time ni just me,zizan,dol n syawal jer ade..
dak2 len (fa,cjw,ejan & aino) semua da balik dlu...
ape2 pown enjoy our "gile2" pic...


semua dh x leh duk diam...per lg....kuarlah aksi manja + cute diorg tue....
tukang amik (aku)..btw..ak suke mengambil pic org2 yg suka mengambil gambar nie...
entah ape2 jer ak merepek nie...haha


ni lg JIMAT duit..."air kosong" jer beli....
(bgos..ekonomi skunk pown x menentu..jimat duit utk wat duit hantaran kawin nnti..huhu)

bukan ak kater ea...
ni zizan kate "ini air kopi kurang manis"..
(menunjukkan yg si zizan ni mengawal dpd mengambil gula yg berlebihan utk mengelakkan sebarang penyakit yg x diingini dtg...pergh ayat ak ni da mcm doktor daaaa...)




(aksi CUTE syawal yg jelas ketara..hehe)






























